JABATAN PENGAJIAN SISWAZAH
ยท IPG Kampus Ipoh
Sistem Semakan Pematuhan Format

Thesify bantu semakan tesis jadi lebih tersusun.

Thesify ialah sistem web based yang dibangunkan bagi membantu proses semakan pematuhan format penjilidan laporan projek atau tesis sarjana. Sistem ini membolehkan pemeriksa merekod status pematuhan setiap item semakan, memberikan catatan pembetulan, dan menjana laporan semakan format secara lebih sistematik.

Melalui laporan yang dijana, pelajar dapat mengenal pasti perkara yang telah mematuhi format serta perkara yang perlu diperbetulkan dengan segera sebelum penyediaan laporan berjilid keras. Semakan ini adalah berasaskan garis panduan penulisan dan format teknikal yang sedang berkuat kuasa.

Gambar tesis berjilid keras
Semakan Berstruktur

Pemeriksa boleh menanda item sebagai patuh, tidak patuh atau tidak berkaitan berserta catatan pembetulan yang jelas.

Analisis Automatik

Sistem menganalisis tahap pematuhan dan menjana status semakan untuk membantu pelajar membuat tindakan susulan.

Laporan Pematuhan

Laporan semakan boleh dijana selepas semakan lengkap sebagai rekod maklum balas terhadap format laporan projek atau tesis sarjana.

Dibangunkan untuk kegunaan

JABATAN PENGAJIAN SISWAZAH

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.