SEIRI Neo menjadikan semakan format laporan lebih tepat, tersusun dan profesional.
SEIRI Neo ialah sistem semakan pematuhan format penulisan laporan projek atau tesis sarjana yang dibangunkan bagi membantu proses semakan secara lebih sistematik, efisien dan berpandukan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.
Sistem ini menyokong semakan berstruktur, analisis automatik dan penjanaan laporan pematuhan supaya pelajar dapat mengenal pasti perkara yang perlu diperbetulkan sebelum proses penjilidan atau penyerahan akhir.
Buku Penulisan Laporan Penyelidikan IPG KPM 2024
Muat Buku Panduan untuk melihat turun panduan struktur dan format teknikal penulisan dengan lebih jelas sebagai rujukan sebelum membuat pembetulan laporan projek atau tesis sarjana. (Edisi penuh/lengkap sila muat turun di Portal IPGKI atau IPGM.)
Semakan Berstruktur
Pemeriksa boleh menanda status pematuhan setiap item secara jelas berserta catatan pembetulan yang khusus.
Analisis Automatik
Sistem menganalisis tahap pematuhan mengikut item dan bahagian bagi membantu mengenal pasti ruang pembetulan.
Laporan Pematuhan
Laporan semakan dijana secara digital lengkap dengan status, peratus pematuhan dan maklum balas pembetulan.
JABATAN PENGAJIAN SISWAZAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh